Tuesday, 1 November 2011

PEMBUKA BICARA


Banteras Gejala Buli, UPSI lancarkan portal E-Buli....

Gejala buli yang semakin berleluasa di Malaysia menjadikan UPSI terdorong untuk melancarkan Portal e-Buli. Tujuan utamanya adalah untuk memberi lebih informasi kepada masyarakat berkaitan buli, membantu mangsa buli dan membantu penularan gejala buli itu di kalangan remaja. 

Kelebihan e-Buli..

  • 1) Masyarakat di negara ini boleh memperolehi maklumat mengenai gejala buli. Maklumat di dalam portal itu merupakan hasil penyelidikan gejala buli yang dilakukan penyelidik UPSI sejak 2004.
  • 2) Berinteraksi secara interaktif dengan pakar kaunseling yang disediakan UPSI. Remaja juga boleh dijadikan menjadikan portal itu sebagai tempat meluahkan masalah yang dihadapi melalui laman sosial Facebook yang dihubungkan melalui portal itu.
  • 3) Memudahkan proses mendekati generasi itu bagi mereka memahami mengenai gejala negatif yang semakin menular itu.
  • 4) Guru dan kaunselor digalakkan menggunakan laman web itu untuk berkongsi maklumat dan membantu menyelesaikan masalah buli yang berlaku di sekolah.
  • 5) Para penyelidik dapat menggunakan portal ini untuk mengembangkan kajian dan berkongsi hasil kajian mereka mengenai gejala buli ini.

Dengan adanya portal sebegini sekurang-kurangnya masyarakat mendapat informasi dan lebih memahami mengapa gejala buli berlaku. Pengalaman yang dikongsikan mangsa-mangsa buli juga dapat dijadikan panduan untuk kita membanteras gejala buli ini daripada merosakkan pemikiran anak bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang.





Pendapat Peribadi Trio Buli..

Pada asalnya gejala yang dikatakan sebagai buli ini banyak berlaku di sekolah berasrama iaitu antara pelajar junior dan senior. Tujuannya adalah untuk disiplin dan belajar menghormati orang yang lebih senior. Apalah sangat jika disuruh basuh kasut dan baju atau diminta beli barang abang / kakak senior. Sekurang-kurangnya  dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan mengubat kerinduan kepada abang / kakak sebenar di kampung halaman.
Gejala seperti ini juga banyak berlaku dalam pasukan beruniform seperti tentera. Juga atas tujuan yang sama, Disiplin. Lebih-lebih lagi tentera, jika tidak tahan dibuli, bagaimana jika ditahan pengganas atau tentera asing? Tak pasal-pasal habis rahsia dan kelemahan ketenteraan negara dibocorkannya. Tak mustahil bukan?
Cuma kebelakangan ini, gejala buli bukanlah seperti dulu hanya disebabkan segelintir pihak yang gilakan kuasa dan kedudukan. Mungkin bersifat dendam atau pun saja suka-suka. Belasah, pukul, peras ugut, merompak wang orang lain. Adakah ini yang dikatakan bertujuan untuk disiplin? Jauh tersasar dari tujuan asalnya.
Apakah puncanya? Kurang didikan agama? Dendam? Kurang perhatian keluarga terutamanya ibu bapa? Hanya si pembuli yang tahu tujuan pelakuannya.






BULI ITU JUVANA